Wednesday, November 2, 2011

Al-Quran Sebaik-baik Teman


Al quran merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada baginda Rasulullah s.a.w melalui malaikat Jibril. Al quran banyak mengandungi kisah-kisah umat terdahulu untuk dijadikan tauladan kepada umat akhir zaman seperti kisah ashabul ukhdud, ashabul kahfi, ashabul qaryah dan lain-lain. Al quran merupakan perlembagaan hidup seorang muslim. Al quran wajib kita imani secara menyeluruh serta menyakini perlembagaan yang tiada keraguaan padanya.

NAK SYURGA ATAU NERAKA??

Tanya pada diri anda semestinya anda menjawab syurga.
Tanya ibubapa anda semestinya mereka menjawab syurga.
Tanya orang baik, orang jahat, orang muda, orang tua semestinya mereka menjawab syurga..

Kenapa mereka menjawab syurga??

Syurga merupakan tempat nikmat yang hakiki berbanding di dunia ini.. Neraka merupakan tempat azab yang pedih.Semua orang nak ke syurga tetapi hanya segelintir manusia sahaja yang mentaati perintah Allah di dalam Al quran. Al quran merupakan petunjuk & pembimbing kita ke syurga Allah s.w.t. Banyak mukjizat yang terkandung dalam Al quran. Tetapi kita tak ambil tahu pun tentang perkara ini. Semua perkara ada dalam al quran.. Islam, iman, ekonomi, sosial, sejarah, siasah dan banyak lagi.. Adakah kita mengetahui??

Muhasabah kembali sebagai hamba Allah yang inginkan syurga Allah s.w.t. Dalam sehari berapa kali kita membaca Al quran?? berapa banyak kita mengambil pedoman & pengajaran di dalam Al quran?? berapa banyak kita mengamalkan perintah Allah di dalam Al quran?? Layakkah kita ke syurga Allah?? Ramai orang di akhir zaman ini tidak tahu membaca Al quran.. statistik yang dikeluarkan dari tahun 2007 hingga 2010 80% remaja yang beragama islam tidak pandai membaca Al quran.. Boleh ke kita ke syurga Allah sedangkan kita tidak pandai membaca Al quran yang merupakan perlembagaan hidup kita sebagai muslim?? Marilah sama-sama kita muhasabah selagi masa masih ada wahai teman..

Di atas muka bumi ini semua orang ada teman istimewa.. Teman yang bernama pakwe, makwe, ibu, bapa, sahabat akrab dan sebagainaya.. Bila datangnya kematian sahabat yang paling rapat dengan kita akan terpisah.. Ibu bapa yang paling rapat dengan kita akan berpisah.. Jika al quran rapat dengan kita ianya tidak akan berpisah.. Al quran akan menerangi kubur kita, al quran akan meluaskan liang lahad kita, al quran akan memelihara jasad kita dari ditelan binatang..

Wahai sahabat sekalian..

Jadikan al quran sebagai teman kita diwaktu senang dan susah, teman yang paling rapat dengan kita, teman yang selalu mendampingi kita.. Ambillah sebanyak mungkit pengajaran dan pedoman dalam al quran. Amalkan apa yang diperintahkan dalam al quran. Moga-moga kita semua diredhai Allah dan akan mendapat SYURGA ALLAH di akhirat nanti.

Allahu a'lam..


Friday, October 28, 2011

SELAMAT TIBA DI BUMI IMAN & HIKMAH


Segala puji bagi Allah. Alhamdulillah selamat mendarat di bumi iman & hikmah pada 26 oktober 2011 jam 3 petang.. Keadaan di yaman masih lagi aman dan pesta revolusi masih lagi seperti dulu.. Setelah tiba di Yaman, jiwa berasa tenang kerana dapat satu lagi peluang untuk sambung belajar mendalami ilmu ALLAH s.w.t.

27 oktober 2011 aku telah mendaftarkan diri di Universiti Sains & Teknologi, Sana'a, Yaman dalam bidang pengajian islam.. Pengajian akan bermula selepas raya adha.. Moga-moga segala urusan aku di Yaman ini dimudahkan oleh ALLAH s.w.t..

Mohon sahabat-sahabat yang mengenali diri ini doakan agar aku berjaya menempuh segala mehnah & tribulasi dalam pelajaran, kehidupan di bumi iman & hikmah ini serta berjaya menjadi hamba ALLAH yang taat pada perintahNYA di dunia & akhirat.

Aiman Al-Bahr